Rabu, 28 Oktober 2020

Bab 1 Ekonomi: Takrif dan konsep asas ekonomi, unit-unit ekonomi serta faktor-faktor pengeluaran sumber ekonomi.

 1.0. Takrif Ekonomi

Satu bidang kajian sains sosial bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang terhad bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad.


2.0 Bidang kajian Ekonomi.

1.       Mikroekonomi:

💓Pengajian ekonomi yang menganalisis unit-unit ekonomi secara individu daripada  keseluruhan kegiatan ekonomi.

 ·         Contohnya: Kesan perubahan harga ke atas permintaan kereta.


 2.       Makroekonomi

💓Pengajian ekonomi secara menyeluruh (agregat) yang melibatkan pemboleh ubah ekonomi seperti pendapatan Negara, guna tenaga, inflasi dan imbangan pembayaran.

•      Misalnya: kesan inflasi dan pengangguran terhadap Keluaran Negara.


3.0 Unit-unit ekonomi.

1. Isi rumah👪

·         💚Merujuk kepada individu atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dan membuat keputusan ekonomi. Matlamat demi memaksimumkan kepuasan.

       2. Firma 👥

       💚Merujuk kepada unit ekonomi yang menjalankan aktiviti pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Matlamat demi meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan.

       3. Kerajaan

·       💚Merujuk kepada badan yang mengurus dan mengawal kegiatan ekonomi sesebuah negara. Matlamat demi memaksimumkan kebajikan.

       4. Sektor luar

·       💚Merujuk kepada negara asing yang melakukan kegiatan import dan eksport. Matlamat demi memaksimumkan keuntungan.    


     4.0.Faktor-faktor pengeluaran /sumber ekonomi:

1.                                                                                1. Tanah

Anugerah alam semula jadi terdiri daripada sumber di daratan, lautan dan di dalam bumi seperti tanah, hasil galian digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan

Ganjaran bagi tanah ialah sewa


2. Buruh

Faktor pengeluaran yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.

Ganjaran bagi buruh ialah upah / gaji

3. Modal

Faktor pengeluaran seperti alat atau mesin yang dicipta oleh manusia dan digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan

Ganjaran bagi modal ialah faedah atau bunga.

4. Usahawan

Faktor pengeluaran yang sanggup menanggung risiko menggabungkan faktor-faktor pengeluaran lain untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Ganjaran bagi usahawan ialah untung. 

 

Rujukan:

Mazlan bin Hj. Syariff, Pang Hang Kuok, Karthikeyan A/L V. Devakaran Nair. (2016). Ekonomi tingkatan 4. Zeti Enterprise.

A: pengenalan kepada ekonomi - nota ekonomi ringkas tepat padat. (2020). A: pengenalan kepada ekonomi - nota ekonomi ringkas tepat padat. Google.Com. https://sites.google.com/site/mikrodanmakroekonomi/home/contact-moi


 


 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bab 1 Ekonomi: Takrif dan konsep asas ekonomi, unit-unit ekonomi serta faktor-faktor pengeluaran sumber ekonomi.

  1.0 . Takrif Ekonomi Satu bidang kajian sains sosial bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang terhad bagi memenuhi kehendak yang ...