1.0. Takrif Ekonomi
Satu bidang kajian sains sosial bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang terhad bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad.
2.0 Bidang kajian Ekonomi.
1. Mikroekonomi:
💓Pengajian ekonomi yang menganalisis unit-unit ekonomi secara individu daripada keseluruhan kegiatan ekonomi.
2. Makroekonomi
💓Pengajian ekonomi secara menyeluruh (agregat) yang melibatkan pemboleh ubah ekonomi seperti pendapatan Negara, guna tenaga, inflasi dan imbangan pembayaran.
• Misalnya: kesan inflasi dan pengangguran terhadap Keluaran Negara.
3.0 Unit-unit ekonomi.
1. Isi rumah👪
· 💚Merujuk kepada individu atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dan membuat keputusan ekonomi. Matlamat demi memaksimumkan kepuasan.
2. Firma 👥
💚Merujuk kepada unit ekonomi yang menjalankan aktiviti pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Matlamat demi meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan.
3. Kerajaan
· 💚Merujuk kepada badan yang mengurus dan mengawal kegiatan ekonomi sesebuah negara. Matlamat demi memaksimumkan kebajikan.
4. Sektor luar
· 💚Merujuk kepada negara asing yang melakukan kegiatan import dan eksport. Matlamat demi memaksimumkan keuntungan.
4.0.Faktor-faktor pengeluaran /sumber ekonomi:
1. 1. Tanah
•Anugerah alam semula jadi terdiri daripada sumber di daratan, lautan dan di dalam bumi seperti tanah, hasil galian digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan
•Ganjaran bagi tanah ialah sewa
2. Buruh
•Faktor pengeluaran yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.
•Ganjaran bagi buruh ialah upah / gaji
3. Modal
•Faktor pengeluaran seperti alat atau mesin yang dicipta oleh manusia dan digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan
•Ganjaran bagi modal ialah faedah atau bunga.
4. Usahawan
•Faktor pengeluaran yang sanggup menanggung risiko menggabungkan faktor-faktor pengeluaran lain untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
•Ganjaran bagi usahawan ialah untung.
Rujukan:
Mazlan bin Hj. Syariff, Pang Hang Kuok, Karthikeyan A/L V. Devakaran Nair. (2016). Ekonomi tingkatan 4. Zeti Enterprise.
A: pengenalan kepada ekonomi - nota ekonomi ringkas tepat padat. (2020). A: pengenalan kepada ekonomi - nota ekonomi ringkas tepat padat. Google.Com. https://sites.google.com/site/mikrodanmakroekonomi/home/contact-moi